About Us

UniStorage Malaysia  atau dikenali UniStorage (PC00012219-D) ditubuhkan pada 12 November 2015 dan beroperasi di Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk, 11800 Pulau Pinang, melalui Pusat Keusahawanan Universiti (EPIC). UniStorage menyediakan kemudahan Perkhidmatan Mel dan Kurier melalui aktiviti penerimaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan pengedaran atau serahan item-item pelajar dan warga kampus semasa berada di universiti. 

Selain itu, UniStorage menyediakan pelbagai program permindahan ilmu melalui pelbagai program antaranya Latihan Pelajar Keusahawanan, E- commerce Agro Product, Bengkel Perkastaman seperti Kursus Asas GST, Bengkel Perkastaman, Bengkel 'Mesti' dan lain-lain lagi bersama-sama beberapa Jabatan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA), Komuniti setempat untuk membantu pelanggannya 'Celik Kastam', terutamanya aktiviti dagangan import dan eksport. Peningkatan e-dagang dikalangan warga universiti meningkat dari satu masa ke semasa.

UniStorage memiliki rangkaian daripada pelbagai syarikat penghantaran dan logistik tempatan dan antarabangsa. Melalui rangkaian ini, UniStorage merapatkan pelajar serta warga universiti dengan industri-industri melalui dagangan semasa dikampus. Hampir 11 syarikat tempatan dan antarabangsa bersamaan dengan hampir 3,000 cawangan - cawangan di serata dunia. Terdapat juga, Jabatan-Jabatan dan Bukan Kerajaan yang sedia berkhidmat untuk membantu aktiviti perindustrian ini dapat direalisasikan di dalam universiti khususnya. Pelanggan UniStorage dapat memenuhi kepuasan melalui perkhidmatan yang ditawarkan.

UniStorage Cawangan UMT Kuala Nerus yang terletak di No.7, Komplek Student Mall, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 21300 Kuala Nerus dibuka pada bulan Mei 2017 dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan aktiviti mel dan kurier di dalam universiti dan sentiasa akan melakukan penambahbaikan perkhidmatan. UniStorage Cawangan UMT Kuala Nerus ditubuhkan atas kerjasama di antara Kosiswa UMT Berhad dalam pengendalian aktiviti ini dan dijangka aktiviti ini dapat mengurangkan kos universiti dan warganya.