Perkhidmatan Serahan Tingkap

Perkhidmatan Serahan Tingkap adalah satu perkhidmatan penerimaan mel dan kurier atau barang atau hadiah atau barangan pelajar atau warga kampus daripada pos, kurier, syarikat pengantar atau mana-mana pihak yang ingin menyerah barangan tersebut kepada penerima didalam kampus. UniStorage sebagai wakil penerima dalam kampus  yang dilantik secara sah untuk menerima barangan serta item pelajar serta warga kampus sebagai wakil penerima. Untuk menggunakan perkhidmatan ini pelanggan (pelajar atau warga UMT Kuala Terengganu) perlu mendaftar dahulu: e-Daftar. 


  • Non-Register - Pelanggan yang tidak mendaftar sebagai pengguna laman sesawang UniStorage UMT Kuala Terengganu;
  • Register - Pelanggan mendaftar di laman sesawang UniStorage UMT Kuala Terengganu;
  • Pre-Alert 2 - Pesanan Pemberitahuan Notifikasi kali-2 kepada pelanggan, sekiranya pelanggan tidak menuntut item selama 7 hari bekerja;
  • Pre-Alert 3 - Pesanan Pemberitahuan Notifikasi kali-3 kepada pelanggan, sekiranya pelanggan tidak menuntut item selama 14 hari bekerja;
  • Pejabat Surat Mati (DLO) - Pejabat ini memproses item-item yang gagal diserah / Tidak Dituntut dan lain-lain sebab kegagalan serahan kepada Return-to-Sender. Sekiranya, pengirim enggan menerimanya atau gagal membayar kos penghantaran semula, maka item ini dianggap sebagai item Pejabat Surat Mati (DLO). Walaubagaimanapun, dalam proses 31 hari, pengirim atau penerima item boleh menuntut semula item tersebut dengan mengajukan permohonan melalui Contact us.


Bagi pelanggan berdaftar, boleh menggunakan perkhidmatan serahan 'Cash-on-Delivery' (COD) bagi mana-mana wakil serahan kepada Penerimaan Serahan Tingkap UniStorage UMT Kuala Terengganu dengan syarat:-

  1. Pelanggan perlu menyediakan bayaran item (COD) yang mencukupi kepada kaunter UniStorage sehari awal sebelum serahan dilakukan kepada pihak UniStorage;
  2. Caj bayaran tambahan dikenakan sebanyak RM2.00 setiap item yang diterima;
  3. Pemberitahuan Pesanan Notifikasi akan dimaklumkan kepada pelanggan sekiranya item berjaya diterima oleh pihak UniStorage, dan pelanggan boleh mengambilnya di kaunter UniStorage;




There are no products to list in this category.